PORT OOTD VIRAL : SUNFLOWER GARDEN BAGAN DATUK

 

VLOG PORT OOTD : SUNFLOWER GARDEN, SUNGAI BURUNG BAGAN DATUK

Ladang Bunga Matahari adalah sebuah tempat yang terletak di Sungai Burung Bagan Datuk, Perak. Ladang bunga matahari ini atau lebih dikenali dengan "Sunflower Garden" adalah sebuah tempat yang sangat menarik dipenuhi dengan bunga-bunga matahari serta landskap kolam ikan serta hiasan-hiasan yang dibuat untuk sesi bergambar yang sangat menarik berlatar belakang langit yang biru. 

Untuk ke sini, pengunjung hanya perlu "waze" sahaja ke Sunflower Garden Bagan Datuk.


Tempat parking yang luas dan selesa untuk pengunjung. Untuk masuk ke kawasan ladang ini, pengunjung perlu membeli tiket dikaunter tiket dan memakai gelang kuning sebelum masuk. Waktu operasi ladang ini adalah dari jam 9 pagi hingga 7 malam. Berikut adalah senarai harga tiket :

                                             harga tiket untuk masuk ke ladang bunga matahari


                               bunga matahari belum membesar lagi sewaktu saya pergi..


ootd sarang burung berlatar belakang langit biru 




pemandangan dari atas


Kesimpulannya, tempat ini sangat menarik untuk kaki-kaki yang suka bergambar dengan pemandangan yang sangat menarik serta landskap yang cantik. Selamat ber "OOTD" gaisss..... 💕😁



Previous Post Next Post